www.centex-sarawak.my
Search

Sarawak lancar ujian teknologi 5G

KUCHING: Sejajar dengan aspirasi kerajaan Sarawak menjadi negeri maju menjelang tahun 2030 dan tidak ketinggalan dengan pembangunan teknologi, 5G testbed yang merupakan inisiatif kerajaan sarawak melalui Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS), Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) kini dilancarkan untuk mempromosikan dan menyelaraskan ujian dan penyelidikan di CENTEXS (Smart Campus). Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari TunOpeng berkata, 5G Test Bed itu akan membantu dalam pembangunan ekonomi Sarawak yang bakal didominasi oleh teknologi. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran CENTEXS – SEDC 5G Test Bed di CENTEXS Santubong pagi tadi. Datuk Patinggi Abang Zohari menambah, dengan bajet yang dimiliki, kerajaan Sarawak kini dalam perancangan untuk memperluaskan penyambungan teknologi dan internet dengan membina infrastruktur 5G di Sarawak yang akan dimulakan di kawasan bandar. Hadir sama dalam majlis pelancaran tersebut adalah Menteri Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan Yang Juga Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah; Menteri Muda Belia Dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datu Dr Sabariah Putit, Pengerusi CENTEXS, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani; Pengurus Besar SMA, Dr Zaidi Razak dan Ahli Lembaga CENTEXS. (Taken from https://sarawakvoice.com)
Related Info